Sunday 2 September 2012

PERMOHONAN KEMASUKAN KE POLITEKNIK KPT SESI DISEMBER

Dimaklumkan bahawa Permohonan Kemasukan Ke Politeknik KPT Sesi Disember 2012 Fasa 2 telah dibuka mulai 13 Ogos 2012. No PIN berharga RM 10.60 boleh dibeli di Bank Simpanan Nasional. Tarikh tutup permohonan pada 29 September 2012.

PROGRAM BERSAMA PENGARAH DI KOLEJ KEDIAMAN SEMPENA AIDILFITRI

Tarikh  :    08.09.2012
Hari     :    Sabtu
Tempat:    Kamsis,PSAS
Masa   :    7.00mlm-11.00mlm



    Program tersebut dijangka berlangsung dengan meriah kerana kehadiran Tuan Pengarah.Semua pelajar yang tinggal di kamsis di wajibkan mengikuti program tersebut.Program tersebut dijangka berlangsung selepas solat maghrib dan berakhir sebelum pukul 12.00.Pelbagai juadah disediakan untuk dijamu.


PROGRAM DERMA DARAH PERDANA


Sukacita dimaklumkan bahawa program derma darah perdana Politeknik Malaysia akan diadakan pada 11 September  2012 dari pukul 8.00 pagi hingga 4.30 petang. Politeknik Malaysia mensasarkan seramai 12 700 orang pelajar dan staf dari semua Politeknik akan menderma darah. PSAS mensasarkan 800 orang penderma darah akan terlibat dalam program tersebut terdiri dari staf, pelajar dan penduduk sekitar PSAS.
Tarikh : 11 September 2012 (Selasa)
Tempat : Dewan Serbaguna PSAS
Masa : 8.00 pg hingga 4.30 ptg
Sasaran 
Pelajar:
JKA – 200 orang
JKE – 200 orang
JKM – 200 orang
JP – 200 orang

Staf:
JKA – 20 orang
JKE – 20 orang
JKM – 20 orang
JP – 20 orang
JPA – 10 orang
JMSK – 10 orang
Unit & Pentadbiran – 20 orang